Ahad, 21 Jun 2009

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK


TOPIK 1 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak.
1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK
(a) Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang empunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.
(b) Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
(c) Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikansenivisual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.
(d) Aspek Persepsi
murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.
(e) Aspek Sosial dan Emosi
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkansemangat ekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS
(a) Melukis sebagai Medium Komunikasi
Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.
(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri
Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.
(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)
Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.
1.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK
1.4.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day
(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan.
Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. -tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej.
-terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa.
(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)
kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.
(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)
Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul.
Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek.
1.4.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain
(a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.
(b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)
Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.
(c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)
Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu.
Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.
(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)
kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.
(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistic di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.
(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.
1.4.3 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges-
Henri Luquet
(a) Peringkat Fortuitous Realism
Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar.
(b) Peringkat Failed Realism
Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali.
(c) Peringkat Intelectual Realism
Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Bentuk lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik.
(d) Peringkat Visual Realism
Melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding.
Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.
1.5 KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK
(a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung (hasil karya di[uji,dipamerkan)
(b) Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami (pertandingan)
(c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan (beri peluang meneroka dan bereksperimentasi.

TOPIK 2 TEORI-TEORI DALAM SENI

2.1 DEFINISI SENI
Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif.
2.2 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi.
2.3 PERKEMBANGAN ESTETIK
Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan mata dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka.
2.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK
(a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.
(b) Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.
(c) Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkatperingkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.
2.5 TEORI-TEORI KOGNITIF
2.5.1 Teori Gestalt- Prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian. Dalam erti kata lain, melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna yang lebih mendalam daripada melihat komponenkomponen individu (tiang, lantai, dinding, pintu, tangga). Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif – minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh.
Hukum-hukum Teori Gestalt
(a) Hukum Pragnanz
Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalah tidak teratur.
(b) Hukum Persamaan (Similarity)
Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami.
Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai persamaan di dalam kumpulan yang sama.
(c) Hukum Keintiman (Proximity)
Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Rangsanganrangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama.
(d) Hukum Lengkap (Closure)
Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama.
(e) Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation)
Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya.
(f) Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character)
Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek
tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut.
- Teori Gestalt juga
mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah.
- Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri.
2.5.2 Teori Sosial-Interaksi Piaget(ahli epistemologi genetik di dalam bidang biologi dan falsafah.)
-Piaget merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir, cuma kanak-kanak dewasa mempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda mereka.
Jawapan kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza. - prinsip penyelidikan biologinya :
(a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation)
Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi (accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri individu dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada penyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif.
(b) Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki
Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia sebenar). Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan digantikan dengan skema tersusun.
Perkembangan Kebolehan Kognitif
(a) Peringkat Deria-Pergerakan (0-2 Tahun)
Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa untuk menamakan objek di sekitarnya. Satu-satunya cara interaksi dengan persekitaran ialah melalui kesan deria dan gerak-gerinya.
Apabila umur bayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut mula memahami konsep ‘kekal’ (permanence) iaitu kesedaran bahawa walaupun sesuatu objek hilang daripada pandangannya, objek tersebut tidak ghaib begitu sahaja.
(b) Peringkat Pra-olahan (2 – 6 Tahun)
Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama untuk panggilan objek di sekelilingnya.
Walaupun begitu, penguasaan ini masih baru dan terbatas dan akan berkembang sepenuhnya sehinggalah kanak-kanak tersebut mencapai peringkat pengolahan formal.
(c) Peringkat Pengolahan Konkrit (7 – 11 Tahun)
Kebolehan kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan padatan. Kebolehan ini membantu mereka memahami konsep lain yang lebih rumit seperti susunan
angka, pengklasifikasian bahan mengikut sifat, serta kemampuan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif.
d) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)
Kanak-kanak ini mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental di penghujung zaman remaja, namun kekurangan pengalaman mengehadkan pengetahuan dan kebolehan mereka untuk menggunakan apa yang mereka tahu. Di peringkat ini juga, perkembangan fizikal kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding perkembangan mental apabila mereka mula melangkah ke awal alam remaja.
Pendekatan Teori Sosial-Interaksi Piaget dalam Pembelajaran
(a) Peringkat Pra-olahan (2-6 Tahun)
Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat praolahan, iaitu apabila kanak-kanak mencapai umur dua hingga enam tahun. Adalah penting bagi guru-guru prasekolah ataupun ibu bapa menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi kerana secara tidak langsung ia juga akan menggalakkan daya cipta kanak-kanak.
(b) Peringkat Pengolahan Konkrit
Di peringkat ini, kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yang sangat tinggi dan sentiasa ingin bertutur untuk menarik perhatian.
Namun begitu, di dalam kelas yang sama mungkin ada sebilangan kanak-kanak yang sangat petah bertutur dan sangat aktif, manakala sebilangan lagi lebih suka mendiamkan diri.
(c) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)
Di peringkat ini, pelajar telah mula faham konsep-konsep abstrak dan mula membentuk identiti diri. Mereka mula memahami kepentingan falsafah hidup dan prinsip, politik dan konsep agama. Guru boleh membantu dengan mengadakan perbincangan dalam topiktopik ini agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar. Antara bentuk perbincangan ialah membantu dalam menentukan hala tuju pelajar, persediaan yang perlu dilakukan serta menetapkan matlamat.
Pendekatan Konstruktivis
Pendekatan Konstruktivis dalam Pengajaran
Bruner telah menggariskan tiga prinsip utama di dalam konteks pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivis.
1. Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman pelajar serta mengikut konteks kesanggupan pelajar untuk belajar (kesediaan).
2. Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh pelajar dengan mudah (organisasi).
3. Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu (melangkaui maklumat yang dibekalkan guru).
Kaedah ini mengaplikasikan empat cara tertentu di dalam penyampaian sesuatu topik.
1. Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak membezakan jenis dan sifat maklumat yang diterima.
2. Menstruktur maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami
3. Susunan paling berkesan di dalam menyampaikan material pengajaran
4. Sifat dan bentuk ganjaran (reward) atau hukuman (punishment)
yang akan dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu.
TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)
- Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu:
• Garisan
• Rupa
• Bentuk
• Jalinan
• Ruang
• Warna
- Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.
- Rupa
Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.
Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan
lukisan berkomputer 3 dimensi.
Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan.
Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.
warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.
PRINSIP-PRINSIP REKAAN
-Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentuTujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej.
- Kontra wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan).
- penegasan ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih dramatik.
Imbangan ialah keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan.
Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, imbangan tidak simetri dan imbangan semua arah.
Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya.
Pergerakan bertujuan untuk memberi ‘nyawa’, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi.
Kepelbagaian merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan mewujudkan kepelbagaian.
Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan.
ORGANISASI REKAAN
Komunikasi visual merujuk kepada pembelajaran yang membolehkan pelajar berkomunikasi secara visual melalui hasil kerja seni. Komunikasi visual terdiri daripada dua tumpuan utama iaitu; reka bentuk grafik dan multimedia. Reka bentuk grafik meliputi pengenalan reka bentuk grafik, poster, simbol, logo dan maskot, kaligrafi, tipografi, pembungkusan, grafik persekitaran, ilustrasi, dan komputer grafik.
Poster merupakan reka bentuk komunikasi yang berfungsi menyampaikan mesej dan intipati daripada gubahan idea. Ianya juga merupakan elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya.
Simbol
Ialah reka bentuk grafik yang diringkas dan dipermudahkan daripada imej sumber alam semula jadi dan alam buatan manusia.
Simbol terdiri daripada flora dan fauna serta benda-benda yang terdapat di sekeliling manusia. Ianya lebih ringkas dan mudah daripada tanda yang menggunakan teks.
Logo
Logo ialah visual grafik yang menjadi identiti kepada firma perniagaan, kelab, persatuan, organisasi dan bandan-badan tertentu.
Maskot
Maskot pula digunakan untuk menarik minat pada sesuatu sambil menampilkan ciri-ciri kemesraan.
Tipografi (Muka Taip)
Tipografi merupakan seni menyusun atur atau merekaletak sesebuah muka surat dengan menggunakan huruf untuk mendapatkan hasil yang menarik. Terdapat 3 kumpulan muka taip yang diaplikasikan dalam rekaan grafik iaitu muka taip serif, san serif dan hiasan.
Pembungkusan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pembungkusan jenis lembut dan pembungkusan jenis keras.
Pembungkusan seni lembut terdiri daripada beg plastik, kertas, plastik pembalut dan kertas pembalut. Manakala pembungkusan jenis keras terdiri daripada kotak, tin, botol dan sebagainya.
Grafik Persekitaran
Ialah reka bentuk grafik yang ada pada alam sekeliling. Ianya berkonsepkan pengiklanan untuk menyampaikan maklumat di samping mempromosi kepada pembaca dan pengguna.
Ilustrasi
Ilustrasi merupakan seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar. Pada zaman dahulu, ilustrasi digunakan untuk merakamkan legenda dan peristiwa bersejarah. Kini ianya lebih bersifat komersial dan berkembang pesat seiring dengan penemuan teknik percetakan.
Komputer Grafik
Komponen grafik dalam perisian menggunakan komputer grafik ialah teks, warna, bentuk, ilustrasi dan garisan yang boleh membantu pelajar. Penggunaan komputer grafik membantu pelajar meningkatkan mutu hasil kerja kerana komponen grafik telah tersedia dalam pelbagai perisian.
Multimedia
Multimedia ialah penggunaan komputer untuk sesuatu persembahan dengan menggunakan sokongan teks, grafik, audio dan video. Ianya menggunakan rangkaian hubungan dan alat untuk membolehkan pengguna melayari, berinteraksi, mencipta dan berkomunikasi.

KRAF TRADISIONAL DAN DIMENSI BARU

Tembikar/Seramik
merupakan hasil kraf tradisional yang paling awal dapat dikesan oleh tamadun manusia. Ia menggunakan tanah liat yang didapati di kawasan persekitaran atau tepian sungai, sawah dan sebagainya. objek ini berfungsi sebagai bekas kegunaan harian, hiasan dan dalam kematian.


Anyaman
adalah warisan yang terkenal di kawasan luar bandar terutamanya di negerinegeri Terengganu, Perak, Melaka dan Kedah. Anyaman bukanlah produk tetapi lebih merupakan kemahiran dalam penghasilan produk. Biasanya produk yang dianyam diperbuat daripada daun mengkuang atau pandan, dan dijadikan sebagai perkakas atau objek harian seperti tikar, tudung saji dan sebagainya.

Ukiran

Merupakan sejenis seni warisan yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar yang menjadi identiti ukiran mereka. Antara motifnya ialah awan larat yang mempunyai unsur-unsur flora dan fauna, kosmo, geometri dan lain-lain.

Tekat

Tekat lebih dikenali sebagai tekat bersuji atau sulaman timbul. Ia merupakan seni sulaman benang pada kain dasar dan dibentuk dengan menggunakan kertas yang diliputi benang emas.

Batik

Produk batik mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Tidak hairanlah ia menjadi salah satu produk pelancongan yang terlaris. Di antara jenis-jenis batik termasuklah batik tulis/lukis, terap/blok, pelangi, skrin dan sebagainya. Motif yang digunakan adalah seperti flora dan fauna, geometri dan sebagainya.

Tenunan

Tenunan adalah proses menjalinkan sehelai benang sehingga menjadi sebidang kain. Tenunan merupakan hasilan jalinan benang losen (benang dasar) dengan benang pakan (benang sisip).

REKA BENTUK DALAMAN DAN LANSKAP

Salah satu cara peningkatan kehidupan dalam kediaman atau ruang awam supaya dapat meningkatkan status ruang tersebut agar selesa, selamat dan sesuai dengan cita rasa pemiliknya. Reka bentuk ruang dalaman terhasil daripada kombinasi beberapa elemen asas seni bina seperti tiang, dinding, lantai, siling dan atap.
Kategori reka bentuk hiasan dalaman terbahagi kepada dua iaitu reka bentuk ruang kediaman dan reka bentuk ruang awam dan komersil.

REKABENTUK PERSEKITARAN

Lanskap
Lanskap merupakan pemandangan yang boleh dilihat secara semula jadi ataupun buatan manusia. Ianya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori yang merangkumi lanskap, kediaman, komersial, institusi, pinggir jalan dan kemudahan awam.

Jenis-jenis Lanskap

Lanskap lembut merangkumi penggunaan tumbuh-tumbuhan yang
meliputi pelbagai jenis pokok, tumbuhan renek dan tumbuhan tutup
bumi. Satu lagi jenis lanskap ialah lanskap keras atau kejur.

Peranan dan Fungsi Lanskap

Secara umumnya, lanskap mempunyai beberapa fungsi dan peranan utama.
(a) Fungsi Fizikal Tumbuhan Lanskap
• mengawal hakisan tanah
• memberi perlindungan dan teduhan
• meredakan iklim
• mengawal pencemaran alam
• menjadi tirai dan dinding
• mengarah pergerakan atau petunjuk arah
• imbangan ekologi dan kehidupan fauna
(b) Fungsi Estetik Tumbuhan Lanskap
• membentuk ruang
• merangka pemandangan
• melembutkan
• mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi
• menjadi penyatu pelbagai elemen
(c) Fungsi Ekonomi Tumbuhan Lanskap
Selain daripada yang dinyatakan di atas, tumbuhan lanskap mampu menyediakan pemandangan yang baik dan indah serta memberikan faedah kepada masyarakat dan negara dari segi rekreasi, kesihatan, pendidikan dan pelancongan.

TOPIK 4 MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK

4.1 kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam.
4.1.1 Pelbagai Jenis Alat dan Media
(a) Alatan Asas
Alatan-alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon.
(b) Gambar
Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. Pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka.
(c) Rakaman Video dan Penggunaan ICT
guru boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada para pelajar di bilik media atau bilik pandang dengar yang terdapat di sekolah-sekolah.
Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dengan memanipulasikan perisian-perisian yang ada. penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital, pencetak dan Internet pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan.
4.2 PENGALAMAN DERIA
Setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh.
Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan.
4.2.1 Cara Belajar
4.2.1.1 Belajar Secara Visual
Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam golongan ini lebih cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan gambar.

4.2.1.2 Belajar Secara Auditori
Pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami, dan proses menulis nota dilakukan kemudian. Adakalanya pelajar auditori tidak memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar dengan sendiri penjelasan guru.
4.2.1.3 Belajar Secara Kinestetik
Pelajar golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui sentuhan dan pergerakan. golongan ini memerlukan aktiviti yang lebih berbentuk hands-on.

TOPIK 5 KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

5.1 KREATIVITI
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
5.2 PENGERTIAN KREATIVITI
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
5.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI
KREATIVITI
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.
June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.
Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya.
Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains,
Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas )
fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa,
mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses engamatan dan merekod.)

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher
(a) Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.
(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.
(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.
Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,
pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.
(d) Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti.
Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti ‘’Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’’
(e) Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.
Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.
Laura H. Chapman – 3 kaedah diperkenalkan :
(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.
(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.
Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.
(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan
melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.
Calvin W. Taylor
(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif
Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas.
Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil.
Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah.
(b) Kreativiti Melalui Penghasilan
guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada
kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.
(c) Kreativiti Bersifat Inventif
Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa.
(d) Kreativiti Bersifat Inovatif
Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan.
(e) Kreativiti Bersifat Emergen
Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip
formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanakkanak apabila melukis.
CIRI-CIRI KREATIVITI
(a) Bersifat Fleksibel
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.

(b) Sensitif dan Peka
Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.
(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.
(d) Bersifat Terbuka
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.
(e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.
Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.
(f) Berfikiran Bebas
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.
5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI
5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)
(a) Kaedah Pertama
Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan.
(b) Kedah Kedua
Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.
(c) Kaedah Ketiga
Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.
(d) Kaedah Keempat
Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.
Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance
proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.
(a) Penyoalan
Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.
(b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian.
(c) Pemerhatian
proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.
(d) Percubaan
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki.
(e) Penerokaan
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling.
(f) Memanipulasi
murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.
(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.
5.7 MENINGKATKAN MOTIVASI
Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti.
(a) Memilih Bahan dan Alat
Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.
(b) Masa
Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.
(c) Rangsangan
Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.
(d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.
(e) Hormat-menghormati
Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan
(f) Memberikan Galakan dan Motivasi
Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.
(g) Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.

TOPIK 6 ESTETIKA DAN KANAK-KANAK

6.1 DEFINISI ESTETIKA
- perkataan Greek iaitu aisthetikos –merujuk kepada perkaraperkara yang berkaitan dengan persepsi deria.
- Bagi Bates (2000), - satu kajian falsafah yang berkaitan dengan kecantikan.
- Gazalba (1978) - satu cabang ilmu normatif yang membawa nilainilai kecantikan dan kebaikan.
- Lankford (1992) – satu konsep dan kaedah di dalam falsafah seni termasuk persoalan yang bermatlamat untuk menerangkan dan
memahami pengalaman estetik yang berkaitan dengan perkembangan artistik dan penghasilan produk.
- Ragans (2000) - menilai hasil karya bukan sahaja dilihat pada kecantikan karya tersebut malahan ia juga perlu dilihat dari sudut kejayaan sesuatu karya, Di dalam pengajaran pendidikan seni visual, istilah pendidikan estetik digunakan merangkumi pelbagai bidang penghasilan hasil karya seni seperti arca, lukisan, catan dan sebagainya. Pendidikan estetik juga menjelaskan persoalan estetik yang merujuk kepada perbincangan berkaitan dengan penghuraian makna dan simbolik enghasilan karya seni.
- Abdul Shukor Hashim (1991) yang melihat setiap pengalaman pembelajaran sebagai pengalaman estetik.
- Guru pendidikan seni visual boleh menggunakan kemahiran ini untuk membantu pelajar memahami hasil karya yang dihasilkan selain menghurai persoalan mengapa karya seni dihasilkan dan kepentingan menghargainya.
6.2 PERKEMBANGAN ESTETIK DAN TEORI KECANTIKAN
Konsep Relativist- Faktor utama adalah persekitaran individu, nilai, budaya serta cara hidup seseorang individu pada satu-satu masa.Pandangan golongan relativist atau individu terhadap kecantikan adalah subjektif dan abstrak. Penghuraian dan makna kecantikan tidak terletak pada objek tetapi pada persepsi seseorang.
Konsep Objektivist- sangat bertentangan dengan konsep relativist. Konsep objektivist percaya bahawa kecantikan sememangnya telah sedia ada bersama karya seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang. Kecantikan dapat dibahagikan kepada kriteria tertentu seperti yang terdapat di dalam elemen dan prinsip-prinsip dalam seni seperti harmoni, rentak, warna, keseimbangan dan sebagainya.
6.3 ESTETIK DAN KANAK-KANAK
- perasaan kanak-kanak mudah tertarik dengan perkara baru menjadikan mereka sebagai golongan yang unik dan luar biasa
- Lowenfeld (1975) – perkembangan estetik kanak-kanak bersesuaian denagn kretaiviti dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak pemikiran.
Tindak balas estetik bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh factor umur, pengalaman serta latar belakang dan budaya.
6.4 TINDAKBALAS ESTETIK- tindak balas spontan terhadap karya. Ianya berlaku melalui hasil karya dan juga melalui pengamatan terhadap alam.
(a) Kualiti Literal atau Imitanionalism
- keupayaan pengkarya untuk menghasilkan karya secara realistik melalui peniruan alam sekeliling Sebagai contoh, pengkarya yang melukis imej realistic penunggang kuda, kualiti literal pada lukisan ini adalah imej lelaki yang menunggang kuda tersebut yang ditonjolkan secara realistik.
(b) Kualiti Rekaan atau Formalism
-kaedah menyusun elemen dan prinsip seni di dalam sesuatu karya. Sebagai contoh, bagaimanakah artis
atau pengkarya mengutamakan elemen imbangan, garisan, ritma dan sebagainya.
(c) Kualiti Ekspresif atau Kualiti Emosi
-menghuraikan makna karya dari aspek meningkatkan dan melihat tindak balas emosi, mood dan idea
penonton yang mengamati karya.
6.5 MERANSANG PERKEMBANGAN DAN
TINDAKBALAS ESTETIK KANAK-KANAK
- Koster (2001) - kanak-kanak perlu dirangsang dengan aktiviti yang dirancang rapi dan tersusun supaya tindak balas semula jadi estetik yang dimiliki oleh kanak-kanak selari dengan peningkatan umur mereka.
- Peranan guru
(a) Memilih Karya Berkualiti
-mempunyai standard dan kualiti yang tertentu dalam jenisnya.
(b) Mempunyai Kepelbagaian Media dan Teknik
- mempunyai kepelbagai teknik dan media penghasilannya seperti memilih karya arca, kolaj, lukisan dan tidak tertumpu hanya kepada catan sahaja.
(c) Kepelbagaian Gaya, Budaya dan Artis
-memilih karya kontemporari dan moden yang dihasilkan oleh artis daripada pelbagai etnik dan latar belakang termasuk pengkarya muda dan artis wanita.
(d) Mempamerkan Budaya
-mencerminkan warisan dan kesenian supaya murid mempunyai perspektif yang luas mengenai budaya dan kepelbagaiannya.
6.6 KEPENTINGAN MEMPELAJARI ESTETIK
a) Menghidupkan Suasana Aktif Pembelajaran
-menggalakkan interaksi di antara murid dan guru, menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan.
(b) Meningkatkan Kefahaman terhadap Imej dan
Bahasa Visual
- membantu murid mempelajari gaya bahasa tampak dan memperkayakan mereka dengan istilah-istilah baru.
(c) Menyemai Kefahaman terhadap di antara Satu
Sama Lain
- murid memahami bahawa karya yang dihasilkan mempunyai makna berbeza.
(d) Meningkatkan Keupayaan Pemikiran
- pelajar perlu membuat perbandingan, perbezaan menganalisa dan menilai karya. Kesemua ini membantu murid mengerakkan daya pemikiran mereka.

TOPIK 7 APRESIASI SENI

DEFINISI DAN KONSEP
- Hurwitz dan Day (2001), apresiasi bermaksud ‘menghargai’ dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang terdapat pada karya
- Konsep apresiasi seni sebenarnya antara lain bertujuan untuk membina keyakinan seseorang untuk berbincang dan menghurai serta membuat diskriminasi terhadap karya seni.
- Seabolt (2001) - aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni
- aktiviti menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi mengenai seni.
- Johari Abdul Hamid, 2004-Apresiasi seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan seniman.
KATEGORI APRESIASI SENI
- Walter dan Clive Bell yang menyatakan bahawa penghayatan
dan apresiasi seni tidak memerlukan pengetahuan mengenai idea
- Dewey dan Otto Krash - pengetahuan asas seni boleh membawa kepada kefahaman terhadap karya seni,
- Ecker (1966) kategori utama dalam apresiasi seni ialah apresiasi bercorak analitikal. Apresiasi analitikal adalah satu kaedah bagi melihat aspek penghasilan karya seni visual. Kategori apresiasi bercorak analitikal ini disusun dari konsep mudah kepada yang lebih kompleks.
Peringkat Analitikal
(a) Kenal Pasti (Identification)- Aspek kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya, jenis karya, pereka atau seniman karya, tarikh dihasilkan, asal-usul karya, gaya, medium yang digunakan, teknik dan fungsi karya.
Peringkat Penerangan
(a) Penerangan Literary (Literary Description)
Penerangan literari digunakan ke atas karya seperti potret, landskap, lukisan objek dan lain-lain. Contohnya, karya Monalisa menggambarkan seorang wanita yang sedang terukir senyum di
bibirnya. Penerangan literari ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu penerangan teknikal dan penerangan formal.
(b) Penerangan Teknikal (Technical Description)
Penerangan teknikal merujuk kepada aspek teknikal dalam penghasilan karya seni. Proses ini termasuk perkara-perkara seperti penggunaan teknikal dan bahan-bahan oleh pengkarya.
(c) Penerangan Formal (Formal Description)
Penerangan formal merujuk kepada struktur fizikal karya seni iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yang dilihat. Ini termasuklah aspek warna, garisan, jalinan, bentuk, rupa dan lainlain.
Organisasi rekaan seperti imbangan, susunan, ritma, dan prinsip-prinsip serta elemen seni yang lain.
TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
Definisi ICT
- Senn (1998)
Teknologi maklumat dan komunikasi merangkumi pelbagai teknologi yang disepadukan untuk memperolehi, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio, animasi dan sebagainya menggunakan alat-alat elektronik.
- Abd. Razak et al., (2000)
Teknologi maklumat merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan,
menghubung, memproses, mencipta dan menyampaikan maklumat.
- Keperluan ICT dalam P&P
• Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran.
• Memberi peluang pembelajaran yang sekata kepada semua pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan.
• Meningkatkan motivasi pelajar.
• Membolehkan pembelajaran bersendiri (individual learning).
• Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
• Membolehkan pelajar mengumpul maklumat dengan mudah dan pantas.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
• Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
• Meningkat kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.
Peranan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
• Tutorial
a)Pembelajaran ekspositori.
b) Demonstrasi yang ditunjuk dan dikawal urutannya.
c) Latihan dan latih tubi yang turut dikawal oleh sistem.
Kelebihan
• Mewujudkan konsep pembelajaran individu.
• Pelajar akan belajar mengikut kemampuan sendiri.
• Meningkatkan motivasi pelajar.
• Proses pembelajaran berjalan tanpa penyeliaan atau penyeliaan minimum.
Keburukan
• Kesilapan pemilihan perisian yang bermutu mengakibatkan pembaziran.
• Menghalang penggunaan kemudahan alatan ICT yang lebih produktif.
• Menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT.
• Mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar di dalam mempelajari
• Penerokaan (eksploratori)
- pelajar mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM mahupun Internet dan mengalami, mempelajari serta mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi ( inkuiri penemuan )
Kelebihan
• Memberi peluang kepada pelajar menentukan sendiri haluan dan gaya pembelajaran masing-masing.
• Penglibatan sepenuhnya (aktif) dari pelajar dalam pembelajaran
• Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar.
• Menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstruktivis dan kecerdasan pelbagai dalam proses pembelajaran.
Keburukan
• Pelajar berkemungkinan sesat dan hilang haluan tanpa pengawasan yang baik.
• Mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar di dalam mempelajari sesuatu.
• Aplikasi
Computer Aided Design (CAD) merupakan alat aplikasi yang mampu digunakan untuk membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran.
Kelebihan
• Pelajar mampu memberikan tumpuan di dalam aktiviti pembelajaran asli.
• Guru boleh mengemukakan masalah yang akan mencabar minda
pelajar.
• Pelajar akan dapat meningkatkan tahap kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran mereka.
Keburukan
• Tanpa penerangan dan pengawasan yang baik dari guru, pelajar berkemungkinan untuk gagal dalam proses pembelajaran mereka.
• Pelajar yang pelbagai kecerdasan sukar untuk di disatukan.
• Masa yang diperlukan bagi suatu proses pembelajaran mungkin sukar untuk dikawal.
• Komunikasi
membolehkan pelajar bertukar maklumat dengan sesiapa sahaja di dunia.
Kelebihan
• Mampu melaksanakan pembelajaran kolaboratif.
• Mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global.
• Mampu berkomunikasi terus dengan pakar dari serata dunia.
Keburukan
• Pelajar dikhuatiri akan leka berkomunikasi sesama mereka tanpa memberikan perhatian terhadap objektif pembelajaran mereka.
• Kos pembelajaran yang tinggi.
• Masa yang diperlukan bagi suatu proses pembelajaran lama dan mungkin membosankan.
Pendekatan Persekitaran ICT
- konsep pembelajaran ‘belajar melalui membuat’ (learning by doing) dan perseorangan (individual).
- penyepaduannya dengan rangka pengajaran berteraskan multimedia.
- Internet dan WWW yang menjadi tulang belakang kepada lambakan maklumat memastikan pembelajaran yang dijalankan benar-benar bermutu dan efektif.

MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Definisi Multimedia
Hofstetetter (1995)- Multimedia bermaksud integrasi elemen teks, audio, grafik, animasi dan video
yang menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta dan berkomunikasi agar proses pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Schurman (1995)- Multimedia ialah kombinasi manipulasi, pengga bung jalin dan pengintegrasian
media seperti teks, grafik, animasi, audio dan video dalam suatu perisian yang direka bentuk di dalam meningkatkan interaksi antara pengguna dan komputer. empat komponen utama iaitu:
• Pertama, komputer dijadikan alat untuk mengkoordinasikan apa yang dilihat, didengar dan seterusnya berinteraksi dengannya.
• Kedua, perlunya hubungan untuk menghubungkan kesemua maklumat.
• Ketiga, alat perhubungan diperlukan untuk maklumat jaringan.
• Keempat, terdapat kaedah untuk mengumpul, memproses dan mengkomunikasikan segala idea dan maklumat.
Peranan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran
- Jamalludin dan Zaidatun (2000)
Menerusi multimedia, dokumen dapat dihubungkan secara global. Ianya dapat dilihat menerusi formatnya yang interaktif dan merangsangkan, komunikasi maklumatnya yang efektif, pengekalan informasinya yang berkesan, pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta membenarkan pelajar belajar mengikut kehendak mereka sendiri
- Kurshan (1991)
Kelebihan dan keberkesanan aplikasi multimedia dalam pendidikan juga turut dapat dilihat berdasarkan peningkatan motivasi pelajar, reka bentuk pembelajaran yang menepati cita rasa pelajar, sumber maklumat yang multisensori, menggalakkan kebolehan metakognisi pelajar, mewujudkan proses pembelajaran yang aktif serta susunan dan gaya pembelajaran yang ditentukan sendiri oleh pelajar.
- McGloughlin (1997)
Pengintegrasian multimedia di dalam pembelajaran berasaskan web mampu meningkatkan minat pelajar, mengurangkan masa bagi menguasai aplikasi, kos pembangunan yang rendah, meningkatkan kebolehcapaian dan meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam ingatan.
- Kulik (1985)
Penggunaan multimedia juga telah menurunkan purata masa pembelajaran secara berkesan sebanyak 80 peratus dan sekaligus meningkatkan tahap pencapaian pelajar. Kategori/Elemen Multimedia
1. Teks
Teks adalah perkataan yang boleh difahami oleh pengguna. Merangkumi muka taip , font , ruang putih , serif ( Times Roman , Calistro dll ) , Scans serif ( Arial , Verdana dll) , dekoratif ( font
unsur sastera lama – Lucida Handwriting dll)
2. Grafik
Grafik adalah gambar atau ilustrasi.
(a) Resolusi
Ia adalah darjah kualiti paparan grafik pada peranti output dan peranti input.
(b) Penggunaan Grafik dalam Aplikasi Multimedia
(c) Format Utama Fail Imej Digital – GIF , BMP , PICT , JPEG
(d) Sumber-sumber Grafik – Scanner , kamera digital, Laman web ( enjin pencari )
3. Audio
Audio adalah bunyi yang dapat didengar tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.
4. Penggunaan Audio dalam Aplikasi Multimedia
(i) Menarik perhatian
(ii) Mampu menarik dan menumpukan perhatian pengguna.
(iii) Meningkatkan pemahaman dan membantu pengguna mengingati mesej yang disampaikan
(iv) Ia mensimulasikan deria dalaman pengguna seterusnya menyampaikan mesej dalam bentuk yang lebih menarik.
(v) Dapat mempengaruhi emosi dan cara berfikir
(vi) Untuk mengilustrasikan idea yang kompleks dan dapat meningkatkan konsentrasi penonton.
(vii) Penggunaan Audio Dalam Aplikasi Multimedia
Terdapat tiga cara utama penggunaan audio:
(i) Sebagai muzik latar belakang
• Fail audio yang dimainkan akan mewujudkan mood untuk persembahan tersebut.
• Akan menghasilkan keseronokan dan keinginan
(ii) Sebagai kesan bunyi
• Bunyi akan memberi perhatian dan arahan kepada pengguna, pada butang dan transisi untuk menekankan pada perubahan skrin.
• Kesan-kesan bunyi ini bersaiz kecil tetapi mempunyai kesan yang menarik.
(iii) Sebagai suara latar
• Merupakan bahan sokongan penyampai.
• Digunakan seminimum mungkin dalam persembahan kerana ianya boleh mengganggu.
• Konsep Audio Analog dan Digital
(a) Format Fail Audio – mp3, wave, MPEG , RA / RM
5. Animasi
Animasi ialah satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar ia kelihatan hidup dan dinamik.
(a) Animasi dalam Aplikasi Multimedia
(b) Animasi 2D
Animasi dua dimensi (2D) dikenali sebagai animasi linear.
(c) Animasi 3D
Animasi 3D membuatkan objek kelihatan lebih hidup (nyata) berbanding animasi 2D.
6. Video
Video adalah satu siri skrin yang memuatkan gambargambar yang diiringi bunyi-bunyian yang dimainkan pada kadar yang laju. Contoh : MPEG1 (VCD),
MPEG2(DVD) , Quict Time (Mscintost)
7. Hipermedia dan Hiperteks
Hiperteks -dokumen tanpa urutan yang terdiri daripada teks, audio dan maklumat visual yang disimpan dalam komputer.
Hipermedia merupakan media berpautan atau kombinasi media. Ianya merujuk kepada perisian komputer yang mengintegrasikan elemen teks, grafik, animasi, video dan audio yang saling berhubungan dalam proses pengaksesan maklumat.

INTERNET DALAM PENDIDIKAN

Internet merupakan satu sistem jaringan rangkaian komputer antarabangsa yang meliputi seluruh dunia. World Wide Web (WWW) pula merupakan sub set kepada sistem internet. WWW merupakan perkhidmatan internet yang menghubungkan tapak tapak yang berada di seluruh dunia melalui dokumen hiperteks.
Alamat Protokol Internet (IP) menggunakan sistem komunikasi berdasarkan nombor kepada setiap alamat yang terdiri dari kombinasi nama akaun pengenalan diri pengguna (user id) dan nama pendaftaran internet komputer (host name). Sumber Lokasi Uniform (URLs) bermula dengan prefiks HTTP (HyperText
Transfer Protocol) yang merupakan standard internet di dalam menentukan bagaimana mesej dihantar dan bertindak balas.
WAN (Wide Area Network)
Merupakan rangkaian komputer yang menghubungkan beberapa komputer dalam sesebuah institusi dan meliputi antara satu sama lain
LAN (Local Area Network)
Merupakan rangkaian jaringan setempat yang menghubungkan beberapa komputer dalam sesuatu
kawasan terhad
INTRANET
Merupakan rangkaian dalaman yang berperanan sebagai penghubung bagi sesebuah kumpulan kerja yang menggunakan pelbagai pengantara komputer pada lokasi yang berjauhan.
Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Sumber Statik Maklumat
• Kaedah yang digunakan untuk mencari sumber-sumber yang diperlukan untuk tujuan pengajaran.
• Ianya bersifat statik dengan mengaplikasikan sumber sedia ada.
Contohnya
penggunaan kemudahan perpustakaan atau pusat sumber kurikulum.
Penggunaan Interaktif Dinamik
• Internet digunakan untuk menggalakkan suasana dialog antara pelbagai pihak yang berlainan yang merupakan komponen penting.
• Ianya bersifat dinamik memandangkan pengetahuan hanya akan terhasil apabila dialog antara individu dilaksanakan.
Bilik Darjah ke Bilik Darjah
• Kesemua individu di dalam bilik darjah akan bekerjasama secara dinamik bagi menyempurnakan suatu tugasan.
• Organisasi popular yang mempromosikan projek sebegini adalah Pendidikan Antarabangsa dan Rangkaian Sumber.
Individu ke Individu
• Merupakan satu lagi bentuk dinamik penggunaan interaktif menerusi perhubungan individu ke individu melalui mel-elektronik.
• Pelajar dan guru boleh bertukar-tukar maklumat serta pengetahuan tentang bidang yang diminati.
Individu/Bilik Darjah kepada Dunia
• Pelajar dan guru mampu mengendalikan tinjauan menerusi listservs atau newsgroup yang terdapat dalam internet.
Penyelesaian Masalah
• Internet mampu bertindak sebagai suasana penyelesaian masalah bagi tujuan pembelajaran.
• Menerusi perisian tertentu pengguna internet mampu mengubah
simpanan fail di dalam sesebuah laman web.

TOPIK 9 PENGURUSAN STUDIO DAN BILIK SENI
DI SEKOLAH
KEPERLUAN ASAS BILIK SENI
(a) Warna Dinding - Warna-warna yang disarankan adalah warnawarna terang - nampak besar selain daripada sesuai untuk dijadikan latar
(b) Papan Buletin - untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat
(c) Cahaya - menggunakan sinaran cahaya semula jadi dari luar.
(d) Bahan Pameran Khas - mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu.
(e) Zon Kerja- lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka – meja kerja , bahan seni , warna , jarak yang sesuai antara pelajar.
(f) Stor Penyimpanan - Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.
KESELAMATAN DAN DISIPLIN
(a) Membaca Label Bahan - mengandungi kandungan yang merbahaya dan boleh membahayakan kesihatan murid.
(b) Pilih Bahan Sesuai Mengikut Peringkat Umur - mengenalpasti bahan dan alatan yang sesuai dengan tingkatan umur murid.
(c) Mewujudkan Panduan Keselamatan - Dokumen keselamatan disediakan sebagai peraturan yang digunakan oleh semua murid untuk mengelakkan kemalangan.
(d) Menggunakan Bahan Alternatif - mencari bahan dan alat alternatif bagi menggantikan alatan dan bahan yang tidak selamat. Cth Cat minyak - Cat air/Pewarna berasaskan , Varnish - Cat tempera Thinner- Acrylic
Pemilihan Karya
Kriteria pemilihan karya murid perlu melihat kepada dua perkara iaitu dari sudut pedagogi (keberkesanan dan penyampaian proses dan kaedah menghasilkan karya ) dan juga nilai estetik (pencapaian objektif penghasilan karya – untuk cantik atau sebaliknya ).
Susun Atur Karya
Karya 2 Dimensi - bahan dan karya 2 dimensi sebuah panel pameran diperlukan 4 x 8 ‘
- setiap karya yang ingin dipamerkan perlu dibingkaikan supaya nampak kemas dan menarik.
Karya 3 Dimensi – Meja yang dilapik dengan kain berwarna boleh digunakan sebagai tempat untuk meletakkan objek dan hasil karya. - disusun mengikut jenis dan ketinggian - hasil karya seramik, sejenis kotak yang dikenali sebagai pedestal boleh digunakan.

TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN SENI VISUAL
DEFINISI PENGUJIAN DAN PENILAIAN
- Pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang terlibat di dalam mendapatkan bukti (evidence) keupayaan pelajar; daripada menentukan objektif pengujian, merangka soalan atau tugas, menjalankan ujian, memeriksa atau memberi markah termasuk melaporkan keputusan ujian kepada pihak-pihak yang terbabit (pelajar, pihak sekolah, pihak kementerian, ibu bapa dan lain-lain). Antara bentukbentuk pengujian termasuklah ujian bulanan, peperiksaan, pemerhatian, temuduga, portfolio serta tugasan-tugasan kelas yang diberi markah.
- penilaian merujuk kepada proses menghakimi sesuatu dengan tujuan untuk memberi nilai. Dengan maksud yang lebih mudah, seseorang akan menjalankan penilaian untuk melihat salah satu atau semua daripada perkara berikut: keberkesanan, kelancaran, fungsi dan operasi.
Pengujian Formal dan Tidak Formal
- Antara bentuk pengujian tidak formal ialah bertanya sama ada pelajar faham apa yang diajar, membaca isyarat tidak verbal pelajar untuk mengagak tahap pemahaman mereka, mengadakan sesi soal jawab dalam melihat penguasaan pelajar ataupun memeriksa latihan dan kerja rumah pelajar.
- Pengujian formal pula melibatkan pengujian rasmi yang dijalankan oleh guru atau pihak jawatankuasa pengujian di sekolah. Ianya formal kerana sejumlah masa khusus diperuntukkan untuk menjalankan ujian berkenaan, semua pelajar akan diuji mengikut prosedur yang telah ditetapkan, harus mempunyai matlamat dan objektif pengujian, melibatkan pemberian markah dan keputusan sesuatu pengujian perlu dilaporkan kepada pihak-pihak yang relevan.
Pengujian Formatif dan Pengujian Sumatif
- Pengujian formatif merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada bila-bila masa semasa tahun pembelajaran.
- pengujian sumatif pula merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada akhir tahun pembelajaran.
Rujukan Norma (Norm-referenced) dan Rujukan Kriteria (Criterionreferenced)
- Rujukan Norma ialah satu cara melapor keputusan pengujian dengan menyusun pencapaian para pelajar di dalam sesuatu kelas mengikut norma. Dalam erti kata lain, para pelajar disusun mengikut pencapaian markah mereka.
- Rujukan Kriteria merujuk kepada pencapaian atau penguasaan seseorang pelajar berdasarkan kriteria-kriteria pengujian yang telah ditetapkan - Sekiranya ada kriteria yang pelajar masih lemah, guru boleh memfokuskan pengajaran untuk kriteria tersebut kemudiannya.
Rubrik Analitikal dan Rubrik Holistik
- Rubrik analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk pengujian formatif. guru dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan.
- Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh.
Pengujian Tradisional dan Pengujian Alternatif
- Pengujian tradisional merujuk kepada sebarang bentuk pengujian bertulis yang melibatkan penggunaan pen dan kertas.
- kebanyakan pengujian yang dijalankan adalah berbentuk alternatif. Contoh-contoh pengujian alternatif di dalam bidang seni visual ialah portfolio, buku kerja kajian (research workbook) dan juga pengujian berasaskan prestasi (performancebased assessment) seperti kerja kumpulan, demonstrasi dan pembentangan pelajar.

KAEDAH-KAEDAH PENGUJIAN DI DALAM
PEMBELAJARAN SENI VISUAL
Hurwitz dan Day (2001) menyenaraikan beberapa ciri-ciri pengujian alternatif.
1. Menilai pelajar berdasarkan tugasan yang berdasarkan keperluan disiplin bidang seni visual.
2. Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara holistik dan tidak melihat daripada fragmen-fragmen yang berbeza.
3. Menghargai pencapaian pelajar di dalam sesuatu pengujian, kerana pencapaian yang rendah sekalipun tetap menjadi indikator kepada sesuatu penguasaan.
4. Melihat kepada proses dan hasil pembelajaran.
5. Mendidik pelajar supaya menguji pencapaian sendiri.
6. Mengajar pelajar untuk memperkenal, membentang dan mempertahankan hasil karya mereka di hadapan umum.
- Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru untuk pengujian formal (bermarkah) ataupun pengujian tidak formal (untuk meningkatkan proses pembelajaran).
- Temuramah - Temuramah dapat membantu guru dalam memahami masalah yang mungkin dialami oleh pelajar di dalam kelas, melihat tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu dan boleh digunakan sebagai satu cara untuk mendekati diri pelajar.
- Perbincangan - Perbincangan boleh melibatkan sekumpulan pelajar dan ini mengelakkan pelajar
daripada merasa gemuruh ketika diuji.
- Pengujian Berasaskan Persembahan
(Performance-based Assessment) - pelajar melakukan sesuatu sama ada demonstrasi, pembentangan dan lain-lain.
- Maklum Balas- Borang maklum balas atau questionnaire boleh diaplikasikan untuk menggantikan
ujian bertulis, dan bentuk soalan yang ditanya adalah soalan tertutup
Portfolio - Kesemua hasil kerja pelajar – karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota, dan sebagainya
dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail.
PENGUJIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN SENI
1. Adakah kanak-kanak gembira dengan pengalaman pembelajaran positif di dalam kelas? Adakah suasana pembelajaran selari dengan matlamat belajar kanakkanak?
2. Perlukah sebarang perubahan dibuat di dalam proses pembelajaran kanak-kanak? Adakah strategi pengajaran juga perlu diubah? Adakah meletakkan kanak-kanak di dalam gerak kerja kumpulan memberi lebih manfaat daripada bekerja secaraindividu?
3. Bagaimanakah kanak-kanak belajar?
Bagaimanakah cara kanak-kanak belajar dapat dikaitkan dengan harapan guru untuk pelajar?
Bagaimanakah ini dapat dikaitkan dengan harapan pelajar? Dan apakah pula harapan kanak-kanak terhadap diri mereka sendiri?
4. Bagaimanakah guru boleh menjadi lebih berkesan?
Bagaimanakah keputusan yang tepat dapat dilakukan untuk memperbaiki kemajuan kanak-kanak?
5. Bagaimanakah guru dapat berkomunikasi dengan berkesan tentang kekuatan dan kelemahan pelajar dalam seni?
Bagaimanakah guru dapat menghebahkan dengan relevan pencapaian pelajar kepada guru lain, pentadbiran sekolah dan juga ibu bapa?
PENGUJIAN HASIL KREATIVITI KANAK-KANAK
- pengujian lebih merupakan pengukur kepada kemampuan guru menfasilitasi pembelajaran, lebih daripada ukuran kemajuan dan pencapaian pelajar.
- luahan kreatif pelajar mestilah sentiasa digalakkan walaupun ianya mungkin agak sukar untuk dinilai.
- tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru bukanlah di standard yang sangat tinggi, dan biarlah bersesuaian dengan pelajarpelajar di dalam kelas.
- cara mengaplikasikan kemahiran teknikal dan prinsip-prinsip seni pada sebarang medium seni.
PENGUJIAN DI DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SENI
- Sekiranya pengajaran bertujuan untuk membantu pelajar mengenali ciri-ciri seni Cina, pengujian pelajar juga perlulah menjurus ke arah itu.
PENGUJIAN ESTETIKA DALAM SENI
- mengkaji konsep-konsep asas di dalam pembentukan seni, kecantikan, kualiti seni serta takrifan seni yang dapat diklasifikasikan sebagai aspekaspek estetika.